Lagi Kisah Kejam Tentera Israel Ke Atas Warga Gaza Di Bongkar…

sabra shatila2Koordinator Umum Gerakan Rakyat untuk Kebajikan Tahanan dan Hak-hak Palestin menuduh Israel telah melakukan pelbagai tindakan kejahatan selama penjajahan mereka di Tebing Gaza pada musim dingin lalu. Di antaranya pembunuhan sebuah keluarga Palestin secara kejam sebaik sahaja pengepungan dilakukan ke atas rumah mereka. Israel juga menghilangkan jejak beberapa anggota keluarga itu, sehingga nasib mereka belum diketahui hingga saat ini.

“Israel telah melakukan pembunuhan terhadap sejumlah tahanan di mana mereka terbunuh setelah dikepung oleh tentera Yahudi Israel,” ujar Nasat Wahidi, Peneliti dan Koordinator Umum Gerakan Rakyat untuk Kebajikan Tahanan dan Hak-hak Palestin, seperti yang dilaporkan oleh Maannews, pada Isnin (19/10).


“Penjajah Israel telah melakukan kejahatan perang terhadap tahanan dan yang tercedera dari sebuah keluarga Palestin, di mana selama pendudukan tentera Israel di Desa al-Zaitun di timur Gaza, mereka mengubur orang-orang yang tercedera yang masih hidup, seperti yang pernah terjadi pada 11 Mei 2004 yang lalu dengan para korban antaranya Ihab Mohamed Abdel Karim Saeed Malkah dari Desa al-Zaytoun, Waleed Khaled Azzam yang juga dari Desa al-Zaytoun, dan Ihab Mohammad Amer dari Khan Yunis.

Wahidi menilaikan bahawa tindakan kejam Israel itu telah menyebabkan hilangnya warga  Gaza dalam jumlah yang besar, yang nasib mereka itu masih belum jelas sehingga hari ini. Justeru menurut Wahidi situasi ini menuntut dan mengharuskan kita untuk membuka agenda orang-orang Palestin yang hilang, untuk membongkarkan penjara-penjara rahsia dan nasib orang-orang yang hilang itu, untuk memburu dan menuntut para penjahat perang Israel itu.

Wahidi secara khusus memberikan penjelasan berkenaan pembantaian Israel terhadap keluarga Sammouni di al-Zaitoun sebagai saksi atas kejahatan perang yang dilakukan Israel. Beliau mengatakan bahawa 27 dari 90 dari anggota keluarga itudirtahan di sebuah rumah seorang warga Wael Tarif Sammouni Hamdi (32 tahun), yang akhirnya mereka semua terkapar akibat hentaman 3 peluru dari pesawat tempur Israel yang ke atas rumah Hamdi. Serangan kejam itu juga telah menyebabkan kecederaan parah ke atas puluhan penghuhi di rumah tersebut, yang kemudiannya sebahagian besar dari mereka meninggal dunia setelah beberapa hari.

Beliau menambahkan, “Kejahatan perang yang dilakukan oleh tentera penjajah dan terhadap warga Palestin yang tidak berdosa amat melampau. Antaranya mereka menghalangi kedatangan seorang ibu hamil untuk mendapatkan rawatan di Hospital Shifa, iaitu isteri kepada seorang warga petani Palestin, Maged Hamdi Mahmoud Sammouni, dan usianya 42 tahun, dimana warga itu menghubungi hospital, namun pihak Hospital tidak dapat menghantar ambulan kerana rumah Maged Hamdi sedang di kepung oleh tentera penjajah Israel, lalu isteri Maged akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang dia menamainya dengan Sujud.”

Wahidi mengatakan, seorang saksi memberikan keterangan bahawa tentera penjajah yang sedang mengepung sebuah rumah dari keluarga Sammouni diketahui melakukan pembunuhan terhadap Attia Helmi Sammouni setelah pintu rumahnya terbuka. Saat Attia mati terkapar, Ahmed, anak Attia yang baru berusia 5 tahun berteriak histeria sambil mengatakan “Kenapa kalian bunuh ayahku?”. Namun apakan daya, protes si kecil itu tidak mampu meluluhkan hati tentera Israel, malah dua biji peluru panas menembus dada anak yang tidak berdosa itu dan ia pun gugur.(milyas/maannews)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts