Lagi pemuda Gaza meninggal dunia, kematian meningkat 132 orang

GAZA, 24 Jun 2018 — Pemuda Palestin Osama Khalil Abu Khater, 29, meinggal dunia awal pagi tadi akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpuan Great Return March (GRM) di timur Khan Younis Jumaat lalu.

Osama ditembak dengan peluru hidup di bahagian perutnya, dan dikejarkan ke Hospital Eropah Gaza di selatan wilayah terkepung itu.

Bilangan mengsa yang terbunuh sepanjang kempen GRM sejak 30 Mac lalu kini mencecah 132 orang. Enam jenazah mangsa masih ditahan oleh tentera Zionis.

(PNN, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts