BAITULMAQDIS, 7 Nov 2018 — Pihak perbandaran Zionis hari ini merobohkan sebuah lagi bangunan kediaman keluarga Palestin di kejiranan Ras Shehada di kem pelarian Shu’fat, Baitulmaqdis.

Lebih 300 anggota tentera Zionis, lengkap dengan buldozer, menyerbu dan mengepung kem Shu’fat sebelum meroboh bangunan empat tingkat milik Mahmoud Jaradat yang terletak berdekatan Temboh Pemisah itu. Ia menempatkan 12 buah apartmen dan sebuah garaj.

Seramai 12 ahli dari dua keluarga tinggal di situ. Bangunan tersebut dibina denga kos tiga juta Shekel.

(PIC)

SHARE