Lapis-Lapis Keberkahan Gaza

bedahbuku-banner-smallBANDAR BARU BANGI, 18 Sept 2014 (BHP) — Palestin adalah bumi yang barakah dan penuh kebahagiaan? Kalau begitu, mengapa sejak berabad lalu negeri ini tidak pernah bebas dari penderitaan dan persengketaan?

Bumi Palestin dijadikan oleh Allah SWT sebagai pusat pengembangan atau dakwah tauhid serta perjuangan kebenaran, dari zaman para anbiya’ sehinggalah ke hari ini. Bahkan di situlah telah ditakdirkan berlakunya peristiwa besar Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Sudah tentu di sana terdapat suatu teladan kehidupan yang sangat penting untuk kita.

Penulis buku-buku Islami yang tersohor dari Indonesia, Salim A Fillah melalui bukunya Lapis-Lapis Keberkahan mengulas dengan bijak bagaimana kita harus mengambil mutiara dari kehidupan mereka di Palestin. Bagi seorang penulis yang aktif turun ke medan menyaksikan kemelut kemanusiaan baik di Gaza mahupun di Syria, Salim membawa satu penilaian yang sangat penting untuk kita mengambil erti kehidupan, pengorbanan… dan keberkahan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar “talk-show” beliau bersama seorang lagi penulis hebat dalam hal pendidikan dan kekeluargaan, Ustaz Muhammad Fauzil Adhim, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 22 September nanti. Buku Lapis-Lapis Keberkahan menjadi rebutan masyarakat sehingga terpaksa diulang cetak hanya tiga hari selepas dilancarkan.

Manakala Ustaz Muhammad Fauzil Adhim pula sangat terkenal dengan karyanya Segenggam Iman Anak Kita dan Kupinang Engkau Dengan Hamdalah. Beliau merupakan seorang  pemikir dan motivator dalam hal pendidikan anak-anak dan kekeluargaan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts