Laporan Bedah Siasat : Muhammad Dibakar Hidup-Hidup

khdeirTEBING BARAT, 5 Julai 2014 (AQ) — Laporan awal bedah siasat mendapati remaja 16 tahun Muhammad Hussein Abu Khdeir meninggal dunia akibat dibakar dan komplikasi lain berikutan pembakaran tersebut.

Ketua Pendakwaraya Palestin, Mohammad Abul-Ghani al-Oweiwy, turut memeriksa mayat remaja tersebut setelah ianya diserahkan kepada pasukan perubatan. Pemeriksaan forensik menemui kesan asap di dalam paru-paru, membuktikan Muhammad masih hidup ketika beliau dibakar.

90 peratus daripada badan beliau terbakar. Beliau turut dipukul di bahagian kepala, di mana kesan-kesan akibat pukulan dan gegaran otak dapat dilihat dengan jelas.

Pusat Forensik Palestin telah mengambil beberapa tisu daripada mayat Muhammad untuk di analisa dengan lebih mendalam sebelum laporan akhir dapat dikeluarkan.

Muhammad telah diculik di luar rumahnya di daerah Shu’fat ketika dalam perjalanan untuk solat Subuh di sebuah masjid.  Sekumpulan Yahudi yang memberhentikan kereta mereka dan memaksa beliau masuk ke dalam kereta, kemudian melarikan remaja tersebut.

Mayat Muhammad dijumpai dalam keadaan terbakar berdekatan kawasan hutan di Givat Shaul di barat daya al-Quds. Lebih 200 rakyat Palestin tercederan dalam pertembungan dengan tentera Zionis ketika mengadakan bantahan terhadap tindakan brutal dan tidak berperikemanusiaan oleh Yahudi itu.

Upacara pengkebumian beliau semalam, 4 Julai, turut dicemari oleh sekatan dan pertempuran dengan tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts