Laporan: Pesakit diabai tanpa rawatan dalam penjara Zionis

RAMALLAH, 22 Jan 2018 — Laporan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendakwa bahawa pihak penjara Zionis secara sistematik mengabaikan tahanan yang sakit tanpa memberi rawatan yang diperlukan.

Laporan yang diterbitkan semalam menyebut kes pemuda dari Deir Balah di Gaza, Yusri al-Mesri, yang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun dan menghidapi beberapa masalah kesihatan yang kritikal termasuk ketumbuhan dalam hati dan juga masalah prostat.

Yusri tidak diberi rawatan yang diperlukan, sebaliknya hanya diberi ubat tahan sakit.

Seorang lagi tahanan, Shaher Asha, yang berasal dari Nablus juga diabaikan walaupun menderita keretakan parah di bahagian tulang belakang dan punggung, di samping masalah batu karang. Beliau kini dikurung dalam penjara Eshel, bagi menjalani hukuman selama 19-setengah tahun.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa 16 orang tahanan dikurung dalam keadaan sesak dan perkhidmatan yang buruk di klinik penjara Ramla. Sebahagian daripada mereka ditahan dalam klinik tersebut sejak lebih 10 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts