Lebih 100 fanatik Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 12 Jun 2016 (PIC) — Lebih 100 fanatik Yahudi menceroboh masuk Masjid suci al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis awal pagi tadi.

Pencerobohan tersebut mencetus suasana tegang di perkarangan masjid, di mana para jemaah dan murabitun memprotes dengan laungan takbir Allahu Akbar.

Polis Zionis turut menangkap staff pembinaan di Masjid al-Aqsa, Muhammad al-Ruweidi, dan seorang lagi pemuda atas tuduhan cuba menghalang pencerobohan.

Dalam pada itu Muslimat terus berada di luar perkarangan masjid sambil membaca al-Quran bagi membantah tindakan rejim menghalang mereka masuk mengerjakan solat.

Terdahulu, beberapa pertubuhan Yahudi menyeru pencerobohan secara besar-besaran ke atas masjid ketiga paling suci itu pada hari Ahad dan Isnin bagi menyambut perayaan Shavuot [penurunan Kitab Taurat].

Menurut kenytaaan polis Zionis, sejumlah 1,034 pelawat memasuki perkarangan Masjid al-Qsa hari ini termasuk 900 “pelancong” dan 134 orang penduduk Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts