Lebih 100 gempa berlaku di kawasan utara Tiberias dan Laut Mati minggu lalu

GALILEE, 11 Julai 2018 — Jabatan Pemantauan Gempabumi Kebangsaan Palestin merekod lebih 100 kejadian gempabumi di kawasan utara Tasik Tiberias dan Laut Mati sejak 3 Julai, di mana 15 daripadanya berlaku pada hari Isnin lalu.

Bagaimanapun gempa-gempa terbabit adalah kecil, pada ukuran dari 1 hingga 1.5 skala Ritcher. Sebahagian besar daripadanya berlaku di utara Tiberias, manakala gegaran kecil berlaku di kawasan Laut Mati dan Eilat.

Gempa terakhir berlaku pada jam 11:42 malam Isnin lalu, dengan ukuran 2 skala Ritcher pada kedalaman lima kilometer di bawah paras laut dan 12 kilometer di utara kota Tiberias.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts