AL-QUDS, 19 Nov 2017 — Pasukan khas polis Zionis mengiringi lebih 100 pendatang dan pelajar Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Seramai 86 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareebah dan berarak di perkarangan tapak suci itu dalam enam gerombolan yang berlainan.

Manakala 35 pelajar Yahudi berarak sambil meninjau perkarangan tapak suci dengan dipimpin oleh pemandu pelancong, yang memberi syarahan tentang sejarah Kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di situ.

Ramai para jemaah dan pelajar al-Quran berada di perkarangan masjid ketika penceroboh berarak secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu.

(Sumber: PIC)

SHARE