Lebih 100 Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 28 Dis 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi 112 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Sebilangan pasukan polis dikerahkan ke lokasi-lokasi di perkarangan tapak suci umat Islam itu, di tengah-tengah jemaah masjid. Para pendatang mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah terbina di situ, di samping melakukan ritual Talmud.

Polis Zionis mengiring para pendatang menceroboh masuk setiap hari, kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts