Lebih 100 Penduduk Gaza Dibunuh Dalam Sehari

100-01GAZA, 20 Jul 2014 (Maan | PNN) — Tentera pengganas Zionis membunuh sekurang-kurangnya 100 penduduk Gaza hari ini, Ahad, termasuk sekurang-kurangnya 72 orang di kejiranan Shujaiyya. Jumlah keseluruhan korban keganasan tentera Zionis setakat ini adalah 437 orang.

Serangan hari ini mencatat korban terbesar di Gaza selepas serangan pada tahun 2008, di mana 18 askar pengganas Zionis turut terbunuh.

Kecederaan penduduk Gaza kini melebihi 3,000 orang menyebabkan hospital tidak dapat menampung kebanjiran pesakit serta berhadapan dengan kekurangan bekalan ubat, doktor dan katil. Hospital di Gaza juga mengalami masalah bekalan elektrik yang sangat terhad apabila lebih 70 peratus bekalan terputus akibat serangan Zionis.

60,000 penduduk di kejiranan Shujaiyya terpaksa meninggalkan rumah mereka apabila tentera Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai di situ, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang kehilangan tempat berteduh kepada 135,000 orang.

Sungguhpun penduduk Shujaiyya terpaksa cuba menyelamatkan diri, pada hakikatnya tidak ada lagi tempat di Gaza yang terselamat daripada serangan kejam tentera Zionis. Serangan datang dari semua arah; laut, udara dan darat sehinggakan tidak ada wilayah Gaza yang tidak menjadi sasaran serangan.

Rejim Zionis menutup semua pintu lintasan di sempadan, manakala rejim as-Sisi di Mesir juga masih menutup pintu lintasan Rafah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts