Lebih 100 penduduk maut dalam banjir di Bangladesh

DHAKA, 25 Julai 2020 — Lebih 111 penduduk Bangladesh maut dalam bencana banjir yang sedang melanda wilayah utara negara itu sejak ebulan lalu.

Di samping kematian akibat bencana, hampir 9,500 orang lagi yang tinggal di kawasan rendah mengalami masalah kesihatan akibat pencemaran air dalam tempoh 25 hari lalu.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan hampir satu-per-tiga daripada negara Bangladesh terkesan akibat hujan yang bermula akhir bulan Jun lalu. Keadaan dijangka semakin teruk apabila hujan lebih lebat dijangka turun.

Awal minggu ini, UNICEF menyatakan seramai 2.4 juta penduduk, termasuk sekitar 1.3 juta kanak-kanak, terkesan akibat bancana banjir. Lebih setengah juta orang, atau sekitar 550,000 keluarga, kehilangan tempat tinggal.

(Anadolu)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts