BAITULMAQDIS, 7 Mac 2018 — Gerombolan 44 orang pendatang dan 70 pelajar ultra-Ortodoks Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu, sambil menghasut kemarahan para jemaah dengan berswafoto secara provokatif dan tidak menghormati mereka yang sedang bersolat di Kubah as-Shakra’.

Sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Rahma.

(PNN, PIC)

SHARE