Lebih 1,000 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa pada hari Aidiladha

BAITULMAQDIS, 12 Ogos 2019 — Polis Zionis mengiring lebih 1,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi semalam, ketika umat Islam menyambut hari pertama perayaan Aidiladha.

Media Zionis mendakwa 1,729 pendatang Yahudi diiring masuk dalam tiga gerombolan berbeza. Jabatan Wakaf bagaimanapun mendakwa jumlah sebenar penceroboh adalah 1,335 dan media Zionis cuba membelit fakta bagi tujuan proaganda mereka.

Kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi melancarkan kempen supaya pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu secara besar-besaran sepanjang minggu ini.

Terdahulu, polis Zionis menggempur perkarangan masjid dan menyerang para jemaah yang menyambut Hari Raya Aidiladha ketika pendatang Yahudi mula menceroboh masuk.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts