Lebih 1,100 Kanak-Kanak Palestin Di Al-Quds Kehilangan Tempat Berteduh

AL-QUDS, 14 Nov 2014 (PIC) — Seramai 2,028 penduduk Palestin di al-Quds kehilangan tempat tinggal, di mana 1,108 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam Kristian bagi mempertahankan al-Aqsa dan tempat-tempat suci di al-Quds, Dr Hanna Issa, polisi Zionis yang merobohkan rumah penduduk Palestin di al-Quds adalah merupakan satu usaha penghapusan etnik dan mengenakan hukuman secara kolektif.

Sebanyak 517 buah rumah penduduk Palestin telah dirobohkan sejak tahun 2004 hingga Julai 2014, di mana 59 daripadanya dirobohkan sendiri oleh pemilik secara paksa.

Lebih merunsingkan lagi, kata Issa, seramai 1,108 kanak-kanak Palestin yang kehilangan tempat penginapan terpaksa tinggal di jalanan.

Data rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 988 rumah Palestin di al-Quds Timur telah dirobohkan oleh pihak berkuasa Zionis sepanjang tahun 1999 hingga 2014.

Rejim Zionis mengeksploitasi isu keselamatan dan tuduhan pembinaan bangunan tanpa permit, serta beberapa bentuk tuduhan lain yang tidak munasabah, bagi tujuan penghapusan kaum dan perluasan kawasan penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts