Lebih 130 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 26 Ogos 2020 — Polis penjajah Zionis mengiring dan mengawal ketat beberapa gerombolan pendatang Yhaudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Menurut Jabatan Wakaf, seramai 137 pendatang menceroboh masuk dalam gerombolan berbeza, berarak dan melakukan ritual Talmud secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu.

Seorang pendatang dilaporkan merakam swafoto berdekatan Kubah as-Sakhra’ sambil memakai pelitup muka tertulis “Kuil – Sekarang”.

Pendaang Yahudi meningkatkan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa sejak kebelakangan ini. Sepanjang bulan Julai lalu, seramai 2,764 Yahudi telah menceroboh masuk, berbanding 1,801 orang sepanjang bulan Jun.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts