Lebih 14,000 penduduk Syria didera hingga mati

LONDON, 27 Jun 2019 — Jaringan Pertubuhan-Pertubuhan Hak Asasi Syria (SNHR) semalam melaporkan bahawa 14,227 penduduk Syria didera hingga mati oleh rejim Bashar al-Assad, sejak bermulanya konflik pada bulan Mac 2011 sehingga Jun 2019.

Seramai 177 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 62 yang lain adalah wanita. Sebahagian besar daripada mangsa, iaitu 14,070 orang, didera di bawah kawalan pasukan tentera Bashar.

Bagaimanapun bilangan sebenar mangsa dianggarkan lebih tinggi, kerana banyak kes tidak dapat dilaporkan dan identiti mangsa tidak dapat dikenal-pasti. Bahkan penduduk yang pulang semula ke Syria, selepas terpaksa membayar rasuah kepada pegawai-pegawai keselamatan serta berikrar taat kepada rejim Bashar, ditangkap dan diinterogasi oleh pasukan polis rahsia.

Sementara 128,000 penduduk Syria yang dikurung dalam penjara-penjara rejim Bashar dilaporkan hilang.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts