BAITULMAQDIS, 14 Mac 2019 — Ahli kumpulan-kumpulan pelampau kuil Yahudi pagi tadi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara penuh provokasi, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Lebih 150 penatang Yahudi dari kalangan kumpulan-kumpulan tersebut menceroboh masuk dalam tempoh satu jam. Mereka dibawa masuk melalui Pintu al-Maghareba dan beredar keluar melalui Pintu al-Silsila. Sebahagian daripada mereka menceroboh masuk berulang-ulang kali, sebagai cubaan untuk memecah rekod pencerobohan ke atas tapak suci umat Islam itu.

Pertubuhan-pertubuhan kuil Yahudi menghasut ahli-ahli mereka dan masyarakat Yahudi menyertai pencerobohan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa pada hari ini.

Pertubuhan seperti ini mendukung usaha meroboh masujid al-Aqsa bagi memberi laluan kepada pembinaan Kuil Ketiga Yahudi. Mereka kini berusaha untuk menghalang para jemaah mengawal Bab al-Rahma yang tidak jauh dari Kubah as-Sakhra’, tapak pusat untuk pembinaan kuil tersebut.

(PIC, Maan, PNN)

SHARE