BAITULMAQDIS, 7 Ogs 2019 — Gerombolan 154 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dengan diiring ketat oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Ketika kejadian, polis Zionis secara ganas menyerang pengawal masjid, Muhannad Idris, dan seorang lagi penduduk Palestin yang bersolat berdekatan dewan Bab al-Rahma.

Kebelakangan ini, pendatang Yahudi meningkatkan pencerobohan ke atas tapak suci umat Islam itu dan polis Zionis menghalang penduduk Palestin memasukinya bagi tempoh-tempoh tertentu.

(PIC)

SHARE