Lebih 150 Rakyat Palestin Diculik Dalam Tempoh Dua Hari

dr_azizTEBING BARAT, 16 Jun 2014 — Tentera Zionis menangkap dan menculik lebih 150 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, di Tebing Barat sejak dua hari lalu.

Pengarah Pusat Tahanan dan Hak Asasi Ahrar di sini melaporkan bahawa di antara mereka yang diculik malam tadi adalah Ketua Parlimen Palestin, Dr Aziz al-Dweik dan beberapa orang lagi ahli Parlimen.

Menteri Tahanan dan Bekas Tanahan Palestin, Shawqi al-Ayaseh, mengutuk kempen penangkapan penduduk Palestin di Tebing Barat yang sedang dilakukan oleh tentera Zionis, terutama sekali di kawasan Al-Khalil. Kempen ketenteraan ini dikatakan sebagai sebahagian daripada operasi mencari tiga peneroka Yahudi yang hilang sejak akhir minggu lalu.

Kekejaman tentera Zionis ke atas penduduk Palestin tidak mendapat sebarang perhatian daripada masyarakat dunia. Al-Ayesh menyeru institusi-institusi hak asasi manusia supaya mengenakan tekanan ke atas rejim Zionis supaya menghentikan kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin.

——

Sumber : PNN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts