Ringkasan

Lebih 1,600 Askar Zionis Tercedera Di Gaza, Gagal Capai Matlamat Serangan

injuryTEL AVIV, 8 Ogos 2014 (PressTV) — Media Zionis melaporkan puluhan askar zionis telah terbunuh dan lebih 1,600 yang lain tercedera sepanjang kempen serangan ke atas penduduk Gaza.

Tentera Zionis menyatakan sekurang-kurangnya 1,620 orang anggota mereka tercedera dalam pertempuran sengit dengan pejuang Palestin beberapa minggu lalu. Manakala seramai 680 penduduk awam Yahudi dilaporkan tercedera akibat serangan balas roket dari Gaza.

Kenyataan tentera Zionis juga menyebut seramai 64 orang askarnya terbunuh, namun pihak Hamas mendakwa sekitar 150 orang askar Zionis telah terkorban. Ini merupakan kehilangan terbesar di pihak Zionis dalam sejarah peperangan mereka kebelakangan ini.

Rejim Zionis bagaimanapun setakat ini masih merahsiakan jumlah sebenar mangsa daripada pengetahuan awam.

Angka kematian dan kecederaan yang tinggi itu membuatkan masyarakat Yahudi menolak tindakan menyerang penduduk Gaza. Beribu-ribu orang penduduk mengadakan perhimpunan membantah serangan itu beberapa hari lalu.

Kajian terkini oleh sebuah institusi Zionis yang digelar Panels Politics mendapati 66 peratus penduduk awam Yahudi berpendapat peperangan kali ini tidak mencapai sebarang objektif. Pungutan pendapat ini bertentangan dengan dakwaan pemimpin mereka bahawa tentera Zionis dibawa berundur dari wilayah Gaza setelah berjaya mencapai matlamat utama serangan ke atas Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts