AL-KHALIL, 10 Okt 2017 — Lebih 20,000 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil dan melakukan ritual Talmud bersempena hari perayaan Sukkot.

Tentera Zionis mengepung seluruh Kota Lama al-Khalil dan mengenakan perintah berkurung ke atas penduduk Palestin, bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi menyerbu tapak suci itu.

Seramai 22,500 pendatang Yahudi tiba di kawasan-kawasan penempatan haram di sekitar al-Khalil dan Masjid Ibrahimi semalam.

Para jemaah tidak dibenarkan memasuki Masjid Ibrahimi selama dua hari. Laungan azan diharamkan sepanjang tempoh tersebut.

SHARE