Lebih 220 pendatang Yahudi dibawa masuk dari Amerika Utara

AL-QUDS, 18 Julai 2016 (PNN) — Lebih 220 pendatang Yahudi dari Amerika dan Kanada akan tiba di wilayah Palestin yang terjajah esok.

Mereka dibawa menaiki sebuah pesawat yang disewa khas oleh “Nefesh B’Nefesh”, sebuah kumpulan yang didokong oleh rejim Zionis dan menggalak serta memudah cara penghijrahan Yahudi dari Amerika, Kanada dan Britain.

Ketibaan pendatang ini merupakan salah satu daripada perancangan untuk membawa masuk lebih 2,000 Yahudi dari Amerika Utara sepanjang musim panas ini.

Nefesh B’Nefesh telah membawa masuk seramai 45,000 pendatang Yahudi sejak tahun 2002.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts