LONDON, 5 Jun 2017 (PIC) — Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) melaporkan sekurang-kurangnya 3,506 pelarian Palestin termasuk 462 wanita terkorban dalam peperangan Syria sejak tahun 2011.

Lebih 1,603 orang pelarian, termasuk 99 orang wanita, masih dikurung dalam penjara pihak perisikan dan keselamatan rejim Syria. Seramai 196 pelarian Palestin telah meninggal dunia akibat kebuluran dan tidak mendapat rawatan perubatan, terutamanya di kawasan kem Yarmouk.

Sehingga akhir tahun 2016, hampir 85,000 pelarian Palestin di Syria telah berhijrah ke Eropah. PBB menganggarkan seramai 450,000 orang lagi masih berada di dalam Syria, di mana 95% daripada mereka memerlukan bantuan.

SHARE