Lebih 40 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 7 Feb 2019 — Pasukan polis Zionis mengiringi sekurang-kurangnya 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dalam gerombolan berbeza pagi tadi.

Seramai enam pegawai perisikan Shin Bet turut menyertai mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu selama tiga-setengah jam dalam sesi pagi.

Para penceroboh turut melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang disampaikan oleh rabai mereka.

Polis Zionis menutup Pintu al-Maghareba, yang menjadi laluan masuk para penceroboh, pada jam 10:30 pagi setelah mereka beredar keluar melalui Pintu al-Silsila. Pintu al-Maghareba akan dibuka semula selepas para jemaah menunaikan solat Zuhur, untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi menceroboh masuk pada sesi kedua di waktu tengahari.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts