Lebih 5 pemuda cedera, sebuah rumah hangus dalam serangan tentera di Qalqilia

QALQILIA, 4 Jan 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya lima orang pemuda Palestin mengalami kecederaan dan melecur apabila tentera Zionis membuat serangan bom gas pemedih mata di bandar Jayous di timur Qalqilia.

Dua daripada pemuda berkenaan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk dirawat.

Sebuah rumah penduduk musnah sama sekali apabila terbakar dalam serangan tersebut.

Terdahulu, pihak rejim penjajah Zionis mendakwa beberapa buah kereta pendatang Yahudi dibaling dengan batu ketika melalui bandar tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts