Lebih 50 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 24 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis mengiringi beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Seramai 57 penceroboh masuk dalam beberapa gerombolan berbeza, berarak di perkarangan tapak suci ambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang disampaikan oleh rabai mereka.

Polis Zionis menutup Pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi, selepas pendatang Yahudi beredar keluar. Pintu tersebut akan dibuka semula selepas solat Zuhur untuk membenarkan pendatang Yahudi menceroboh masuk dalam sesi tengahari.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts