TULKAREM, 29 Mei 2018 — Rejim Zionis memperhebat kempen menangkap wanita Palestin termasuk siswa dan kanak-kanak sejak beberapa minggu lalu.

Awal hari ini, tentera Zionis menyerbu bandar Kafr al-Lubab di Tulkarem dan menculik kanak-kanak perempuan Alaa Fukaha dari rumahnya. Bekas tahanan wanita Fidaa Ikhleil, 23, juga diculik dari bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

Penculikan mereka menjadikan bilangan tahanan wanita kini melebihi 50 orang, termasuk mereka yang masih cedera dan sakit.

(PIC)

SHARE