BAITULMAQDIS, 13 Mac 2018 — Segerombolan 51 pedatang dan lima pelajar agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Mereka melakukan perarakan terancang di atas tapak suci umat Islam itu, sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah terbina di situ.

Tentera Zionis menutup Pintu Pintu al-Maghareebah pada jam 10:00 pagi selepas para penceroboh masuk, untuk menjamin keselamatan mereka. Pasukan keselamatan Zionis juga dikerahkan ke perkarangan masjid, di samping menyekat para jemaah di pintu-pintu masuk.

(Alray)

SHARE