Lebih 5,000 hektar kebun pendatang Yahudi terbakar

GAZA, 4 Julai 2018 — Lebih 5,000 hektar kebun milik pendatang Yahudi yang terletak di kawasan berdekatan sempadan terbakar akibat layang-layang dan belon api yang diterbangkan dari Gaza.

Sehingga kini, lebih 100 tuntutan ganti rugi telah diajukan kepada pihak rejim.

Semalam, sebanyak 18 kebakaran tercetus di kawasan pos tentera Kisofim dan penempatan haram Yahudi Beeri dan Nahel Oz berdekatan sempadan tengah Gaza.

Kerugian akibat kebakaran tersebut, termasuk kehilangan peralatan pertanian, dianggarkan sekurang-kurangnya 2.5 juta dollar. Anggaran tersebut bagaimanapun tidak termasuk kemusnahan hutan dan infrastruktur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts