BAITULMAQDIS, 15 Jul 2019 — Polis penjajah Zionis mengiringi lebih 90 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka dibawa masuk melalui Pintu al-Maghareba, kemudian berarak di atas tapak suci umat Islam itu.

Ketika para penceroboh berada di situ, polis Zionis menyekat kemasukan para jemaah di semua laluan menuju ke masjid. Mereka dipaksa menyerahkan kad pengenalan kepada polis Zionis, dan hanya akan dipulangkan setelah mereka keluar dari tapak suci itu.

(PIC)

SHARE