Lebih 95 penduduk tercedera, 30 diculik di al-Issawiya

BAITULMAQDIS, 30 Jun 2019 — Lebih 95 penduduk Palestin tercedera dan seorang terbunuh, sementara 30 yang lain diculik dalam serangan polis dan tentera penjajah Zionis di daerah Issawiya di timur Baitulmaqdis sejak tiga hari lalu.

Polis Zionis turut menyerang memecah masuk rumah-rumah penduduk dan hospital serta merosakkan kenderaan dan harta, mengenakan denda ke atas penduduk dan menghalang pergerakan. Tindakan tersebut dilihat sebagai usaha memberi tekanan untuk menghalau keluar penduduk asal dari kota suci.

Khamis lalu, seorang anggota polis secara sengaja menembak Mohammed Obeid dari jarak dekat ketika bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin yang cuba menghalang pasukan polis menyerang penduduk Issawiya yang sedang berarak. Perarakan dibuat bagi membantah tindakan agresif dan sikap perkauman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, termasuk meroboh dan merampas rumah-rumah.

Jenazah Mohammed diculik dan masih ditahan oleh polis Zionis.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts