Lebih banyak penempatan haram Yahudi akan dibina di Bayt Lahm

BAYT LAHM, 19 Jan 2016 (WAFA) — Kerahan pasukan tentera penjajah ke kawasan penduduk Palestin di timur Bayt Lahm disifatkan sebagai langkah permulaan kepada usaha menghubungkan blok-blok penempatan haram Yahudi di al-Khalil dengan penempatan mereka di al-Quds.

Kajian yang dijalankan oleh The Applied Research Institute Jerusalem (ARIJ) menunjukkan bahawa tentera Zionis dikerahkan semula ke kawasan Esh Gherab bagi tujuan menghubungkan blok penempatan haram Tekou dengan blok penempatan haram Har Homa di al-Quds.

Ketua unit pemantauan penempatan Yahudi di ARIJ, Suhail Khalilia, turut mengeluarkan amaran tentang kemungkinan rejim penjajah Zionis bertindak memindahkan sebahagian daripada Pentadbiran Awam mereka dari blok penempatan Gush Etzion ke kawsan tentera Esh Gherab.

Isnin lalu, media Zionis Haaretz melaporkan bahawa pasukan pengawal tetap telah dikerahkan kembali ke Esh Gerab, yang juga dikenali sebagai penempatan kecil Shdema, yang berfungsi sebagai pengkalan meninjau ketika berlangsungnya Intifadah Kedua.

Tentera penjajah meninggalkan kawasan tersebut pada tahun 2006. Lima bulan kemudian pihak rejim mengeluarkan arahan supaya dibina sebuah menara peninjau, sebagai satu langkah untuk mengawal kawasan tersebut sepenuhnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts