Lebih banyak rumah Badwi Palestin akan dimusnahkan

AL-KHALIL, 1 Feb 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis hari ini mengeluarkan notis kepada sekumpulan penduduk Badwi Palestin di Masafer Yatta, di selatan al-Khalil, bahawa struktur binaan yang menjadi tempat tinggal mereka akan dirobohkan.

Pihak tentera menceroboh masuk perkampungan kecil Halawa dan Tabban di kawasan Masafer Yatta dan kemudian mengambil gambar kemah serta binaan milik penduduk di situ, serta memaklumkan bahawa semua binaan tersebut akan dirobohkan pada minggu hadapan.

Kawasan penduduk Badwi itu terletak dalam wilayah Tebing Barat yang dikelaskan sebagai Kawasan C, yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Ia dikelilingi oleh empat buah kawasan penempatan haram Yahudi, iaitu Ma’oun, Karmaeā€™l, Yaqoub Dali, dan Lifna. Sekatan tentera dan jalan yang dibina khusus untuk pendatang Yahudi di situ menyebabkan pergerakan penduduk Badwi terhad, sekalipun untuk ke kebun atau pasar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts