Lelaki Palestin dibunuh kerana disyaki cuba menikam

TULKAREM, 17 Jan 2017 (Maan) — Lelaki Palestin Nidal Daoud Mahdawi, 44, ditembak mati di sekatan tentera Beit Lid, berdekatan kota Tulkarem apabila disyaki cuba membuat serangan menikam petang tadi.

Beliau ditembak dan dibiarkan berdarah dalam keadaan cedera parah sehingga meninggal dunia. Tidak ada sebarang kecederaan dari pihak tentera Zionis.

Bapa kepada lima orang anak yang berasal dari perkampungan Shwaika di utara Tulkarem itu merupakan mangsa pembunuhan yang ke-276 sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts