Lelaki Palestin Ditembak Kerana Disyaki Cuba Melanggar Tentera

AL-QUDS, 27 Nov 2015 (PNN) — Seorang lelaki Palestin ditembak mati berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi Kfar Adumim di Al-Quds Timur awal pagi tadi, atas alasan beliau cuba melanggar dua askar Zionis.

Menurut kenyataan polis Zionis, Fadi Hassib, 30 tahun, merempuh kenderaannya ke sebuah perhentian bas di mana dua orang askar sedang berdiri. Mangsa ditembak oleh seorang pendatang Yahudi yang berada di tempat kejadian. Kedua-dua askar Zionis terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts