Lelaki Palestin ditembak mati ketika memandu

RAMALLAH, 13 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak mati seorang lelaki Palestin ketika sedang memandu berdekatan sebuah kawasan industri di utara kota al-Bireh, Tebing Barat, tengahari tadi.

Hamdan Tawfiq Arda, 60, cedera parah dalam serangan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian. Tentera Zionis menghalang pasukan perubatan memberi bantuan kepada mangsa sebelum beliau meninggal dunia.

Tentera Zionis pada mulanya mendakwa Hamdan cuba melanggar sepasukan tentera Zionis yang menyerbu masuk kawasan tersebut, ketika operasi memburu pembunuh tiga askar Zionis di timur Ramallah. Mereka bagaimanapun menukar dakwaan tersebut, menganggapnya sebagai kemalangan jalanraya.

Kenyataan saksi menyebut bahawa mangsa cuba mengelak kenderaan tentera yang memasuki laluan beliau secara tiba-tiba.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts