Lieberman arah hentikan kemasukan minyak dan gas ke Gaza

BAITULMAQDIS, 14 Okt 2018 — Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, semalam mengeluarkan arahan menghentikan serta-merta penghantaran minyak dan gas ke Gaza selagi mana kempen Great Return March (GRM) tidak dihentikan.

Pengumuman tersebut dibuat selepas tujuh orang penduduk Gaza terbunuh diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai GRM.

Pada bulan Ogos lalu, Lieberman mengeluarkan arahan menghalang minyak dan gas dibawa masuk ke Gaza, berikutan perhimpunan GRM di sempadan serta tindakan para peserta menerbangkan belon membawa api ke kawasan penempatan haram Yahudi.

Persefahaman yang ditaja oleh PBB baru-baru ini bagaimanapun membenarkan minyak sumbangan Qatar dibawa masuk ke Gaza melalui wilayah negara haram Zionis. Penghantaran pertama minyak tersebut telah dibuat pada hari Selasa lalu.

(Maan, IMEMC, PNN, Al-Jazeera)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts