RAMALLAH, 11 Jan 2018 — Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, mengeluarkan arahan kepada semua pihak terbabit supaya mengenakan hukuman secara kolektif ke atas semua ahli keluarga al-Tamimi, ekoran insiden beberapa orang ahli keluarga tersebut menghalau tentera Zionis keluar dari kawasan rumah mereka di perkampungan Nabi Saleh di Ramallah pada 15 Disember lalu.

Hukuman tersebut termasuklah mengasingkan keluarga al-Tamimi dengan membatalkan visa kepada 20 orang ahli keluarganya, atas alasan seluruh keluarga mereka terlibat dalam “kekecohan dan menghasut keganasan”.

Lieberman juga mengarahkan supaya bapa kepada Ahed al-Tamimi, Bassem, tidak dibenarkan ke luar negara. Kenyataan menteri tersebut menyebut, “Tamimi dan keluarganya harus ditangani secara tegas, dengan menagmbil semua langkah undang-undang dan membentuk langkah-langkah pencegahan.”

(MEMO)

SHARE