Liga Arab Seru Dunia Boikot Konferen Anjuran Israel

Liga Arab telah menghantar surat kepada para pemimpin dunia pada Ahad (17/10) kelmarin dan menyeru mereka untuk memboikot Persidangan Pelancongan Antarabangsa yang akan diadakan pada minggu ini di Jerusalem yang dihoskan oleh Israel.

Pembantu Setiausaha Agungnya, Mohamed Sobeih mengatakan Liga Arab “mendesak semua negara untuk memboikot persidangan” apabila dengan jelas Israel telah meneruskan usaha pembangunan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Liga Arab turut menyeru untuk memboikot konferen anjuran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan yang akan bermula pada Rabu (20/10) akan datang setelah Turki, Britain dan Sepanyol mengatakan mereka tidak akan hadir.

Negara-negara Arab dan Palestin telah lama mengiktiraf bahawa Jerusalem Timur sebagai ibukota masa depan negara Palestin, justeru meraka kebimbangan sekiranya menyertai persidangan tersebut akan memberikan pengiktirafan terhadap Israel yang mendakwa Baitulmuqaddis sebagai ibukota mereka.

Desakan ini timbul hanya setelah dua hari selepas Israel mengeluarkan kenyataan untuk membina 238 unit rumah baru di Baitulmuqaddis Timur, yang digambarkan oleh Mesir dan para pemimpin Teluk sebagai langkah provokatif. (hcn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts