Liga Ulama Palestin Kecewa Sikap Diam Dunia Terhadap Kenyataan Rabi Yitzhak Syabira

hakhom12 Nov – Liga Ulama Palestin (The League of Palestinian Scholars), merasa kecewa atas sikap diam dunia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh rabi Yahudi yang membolehkan pembunuhan dilakukan ke atas mereka yang bukan Yahudi, meskipun mereka itu bayi kecil, jika mereka “mengancam” Israel.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (10/11), Liga Ulama Palestin menyatakan bahawa maklumat yang diterbitkan dalam buku Taurat Raja (The King’s Torah) yang ditulis oleh rabi Yitzhak Syabira mencerminkan mentaliti penumpah darah dengan membolehkan membunuh bayi semata-mata untuk mencapai kepentingan politik mereka yang rasis itu.

Diingatkan oleh Liga Ulama Palestin bahawa dalam serangan besar-besaran terakhir tentera Yahudi Israel ke Gaza pada akhir tahun lalu sehingga pertengahan Januari tahun ini, Israel telah menyerlahkan mentaliti ganas dengan membunuh anak-anak, menghancurkan kebun, lading, perumahan dan infrastruktur, sehingga serangan itu merupakan pembantaian terancang Israel terhadap rakyat Palestin.

Liga Ulama Palestin itu menyatakan sikap hairan mereka dengan sikap diam pihak-pihak yang disebut sebagai “dunia yang beradab.” Menghadapi maklumat sejelas itu, yang, jika ianya dikeluarkan oleh ulama Islam, maka dunia segera akan memberi reaksi dengan melabel Islam sebagai teroris dan haus darah.

“Benar-benar pelik apabila PBB, UNICEF, Vatican, dan kelompok-kelompok pejuang hak-hak asasi manusia tidak memberi sebarang reaksi terhadap maklumat yang membolehkan pembunuhan anak-anak seperti itu,” ungkap Liga Ulama Palestin.

Liga Ulama Palestin mengatakan bahawa rabi yang mengeluarkan maklumat itu harus di di ambil tindakan dan bukunya itu wajar ditarik dari edaran pasaran. PIC/ EZ

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts