Lima Keluarga Diarah Robohkan Rumah

QALQILIYA, 16 Nov 2014 (Ma’an) — Pihak berkuasa rejim Zionis pagi tadi menyerahkan arahan kepada lima keluarga Palestin di perkampungan Hajja supaya merobohkan rumah mereka.

Rejim Zionis untuk meruntuhkan rumah-rumah tersebut kerana keluarga terbabit dikatakan membina rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa. Puluhan penduduk dari keluarga Yusuf Omar Ahmad Hilal, Samir Omar Ahmad Hilal, Ibrahim Hilal Ahmad Hilal, Bilal Nur al-Deen Masalha dan Nitham Hussein
Masalha bakal kehilangan tempat berteduh berikutan arahan ini.

Sepanjang tahun 2014, sebanyak 543 rumah serta struktur bangunan milik rakyat Palestin telah dimusnahkan oleh rejim Zionis menyebabkan sekurang-kurangnya 1,266 orang kehilangan tempat tinggal. Sekitar 27,000 buah rumah Palestin telah dimusnahkan sejak rejim Zionis mula menjajah Tebing Barat pada tahun 1967.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts