Lima Syahid Dalam Serangan Terbaru Pengganas Zionis

GAZA, 10 Nov 2012 — Rejim pengganaz Zionis Yahudi kembali mengganas menjelang maghrib hari ini dengan membunuh lima penduduk awam di sini dengan melepaskan tiga serangan roket ke arah pemukiman Khuza’ah di selatan Gaza dan di daerah Sijaiyah timur Gaza.

Setakat berita ini ditulis, selain lima kematian adalah kecederaan lebih 30 orang awam di Gaza akibat serangan ketenteraan itu. Sasaran rejim ganas itu adalah perumahan awam sehinggakan di antara yang tercedera parah termasuklah wanita dan kanak-kanak. Mereka telah dikejarkan ke hospital Syifa di Gaza City, salah sebuah institusi yang pernah disantuni oleh pasukan HALUAN Malaysia semasa lawatan ke sana pada bulan April tahun ini.

Dua daripada mereka yang syahid di jalan Allah itu adalah daripada ahli keluarga yang sama iaitu al-Hararah.

Maklumat yang dipantau daripada siaran radio Israel mendakwa bahawa suatu kenderaan pacuan empat roda milik tentera zionis itu telah musnah ditembak dengan roket oleh para pejuang Palestin mengakibatkan empat anggota tentera Israel tercedera.

Sehingga saat ini, keadaan di Semenanjung Gaza menjadi tegang kerana serangan tidak berwaktu yang semakin menjadi-jadi oleh pengganas Zionis sejak lapan bulan yang lalu. Kerajaan Gaza pernah berkata bahawa serangan kecil-kecilan dan bermusim ini adalah ujian pihak zionis untuk menentukan kekuatan pertahanan pihak pejuang Palestin dalam membentengi Gaza. Ianya juga usaha rejim Zionis itu untuk melatih anggota tenteranya sambil mempamerkan keupayaannya kepada penyokong Zionis antarabangsa yang sudah membiayai usaha negara haram Yahudi itu sejak berdekad yang lalu.

Namun adalah menjadi sifat orang Yahudi sejak zaman-berzaman semasa nabi-nabi terdahulu hinggalah sekarang untuk takut kepada kematian dan kepapaan kerana sebenarnya mereka percaya dengan janji-janji di dalam Al-Quran akan kesudahan yang buruk yang sedang menanti mereka di alam mahsyar nanti. Kesedaran ini terbukti bilamana setiap kali ada kematian atau kerosakan di pihak mereka, rejim itu akan meminta gencatan senjata diadakan untuk meredakan kesedihan di pihak mereka. Bilamana mereka kembali bersemangat, mereka akan menyerang tanpa provokasi walaupun terhadap para petani yang sedang berkebun dan keluarga yang tidak berdosa.

Begitulah sikap bacul orang-orang Yahudi yang sentiasa diceritakan di dalam Quran dan hadis Rasulullah SAW. Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang menegak kebenaran dan mencari syahid kerana yakin dengan janji-janji Allah SWT.

—–

Laporan Abdillah Onim, wakil MediaHALUAN di Gaza City; relawan MER-C Indonesia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts