Mahasiswa UiTM Usaha Bantu Palestin

Nurul Atiqa (kiri) bersama bapanya Ibrahim Abu Bakar (kanan) yang juga merupakan Ketua Biro Penerangan HALUAN.
Nurul Atiqa (kiri) bersama bapanya Ibrahim Abu Bakar (kanan) yang juga merupakan Ketua Biro Penerangan HALUAN.

SHAH ALAM, 12 Dis 2012 – Seorang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini telah berinisiatif untuk membantu rakyat Gaza yang sedang menderita akibat serangan Zionis Yahudi setelah membaca berita pelancaran Kempen Bantuan Kecemasan Gaza yang dianjurkan oleh HALUAN melalui Facebook. Nurul Atiqa Ibrahim telah mengumpulkan beberapa orang rakan sekelasnya untuk berbincang berhubung peranan mereka sebagai mahasiswa dalam isu tersebut.

“Berapa sangatlah yang kita akan dapat pungut daripada pelajar UiTM?,” antara keluhan rakannya. Nurul Atiqa menegaskan, “yang penting kita cuba dulu dengan niat yang ikhlas, pasti Allah akan bantu kita”. Maka mereka pun sepakat untuk mencuba.

Pejabat HALUAN Palestin di hubungi untuk mendapatkan beberapa jenis cenderahati untuk dijual termasuk muffler, stiker kereta dan lencana Gaza. Mereka hanya menggunakan waktu rehat untuk membuat jualan dan kutipan. Seluruh kompleks Fakulti Kejuruteraan dijelajah termasuk asrama Kolej Mawar. Hari pertama saja mereka berjaya mengumpulkan RM1,500. Teruja dengan kejayaan itu, semangat mereka terus meningkat sehinggalah ke hari ketiga dengan jumlah kutipan mencecah RM4,343.05!

Alhamdulillah, di sebalik kesibukan mereka menghadapi tahun akhir, lapang dada mereka kerana dengan izin Allah mereka telah dapat melaksanakan kewajipan mereka untuk saudara mereka di Gaza. Bila ditanya apakah pengajaran yang didapati, jawabnya sambil tersenyum, “jangan takut mencuba“.

Begitulah kisah mahasiswi di kampus UiTM Shah Alam itu. Maka bagaimana dengan anda? Selamat mencuba.

Kita mensasarkan kutipan derma sebanyak RM1 juta menjelang akhir bulan Disember 2012 ini. Giatkan kutipan di lokasi IPT, pejabat, kejiranan, surau, kilang dan masjid anda.

Jom terus menderma melalui melalui akaun Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402–30100–342–92 atau Maybank 5644-9020-8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

“Bersatu Untuk Palestin.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts