Mahasiswa Universiti Multimedia Bersatu Untuk Palestin

AYER KEROH, Melaka, 21 Jun – Hampir 300 pelajar dari pelbagai Institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menghadiri ceramah perdana bertajuk “GAZA FLOTILLA, DI BELAKANG GARIS MUSUH” anjuran Universiti Multimedia(MMU) dengan Kerjasama Institusi Usrah MMU dan HALUANPalestin Melaka di sini baru-baru ini.

Alhamdulillah program ini selain disertai mahasiswa dan pensyarah dari Universiti Multimedia(MMU), turut hadir mahasiswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dan Universiti Teknologi Mara(UITM). Turut hadir 40 orang  pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan(SMKA) Tun Perak dan juga pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat tempatan.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang berkongsi pengalaman dengan penceramah jemputan, Dr Syed Halim bin Syed Hasan dari HALUAN Palestin iaitu antara 12 Sukarelawan Malaysia yang turut berada di atas Kapal Mavi Marmara ketika dalam perjalanan ke Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. Penceramah juga adalah antara 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera rejim Zionis dan dimasukkan ke penjara Israel.
alt alt

Dr Syed Halim telah berkongsi pengalaman beliau mengenai keadaan sebenar yang berlaku ke atas para sukarelawan bantuan kemanusiaan di atas Kapal Mavi Marmara ketika dalam perjalanan menuju Gaza. Dr Syed Halim juga memaparkan video-video yang sempat dirakam yang telah disorokkan oleh para sukarelawan daripada di rampas oleh Pihak Zionis Israel setelah komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara. Kata beliau “ Kesemua barang-barang telah dirampas oleh rejim Zionis termasuk video kamera, passport dan kad pengenalan. “Segala barang-barang dan peralatan yang dirampas itu pihak Israel kategorikan sebagai senjata walaupun hanya video kamera dan telefon bimbit, begitulah penakutnya tentera Israel!” kata Dr. Syed Halim.

Selain itu, Dr Syed Halim berkongsi akan hubungan rapat antara sesama relawan walaupun mereka berlainan agama dan bangsa. Katanya “ Selain Agama Islam, di atas kapal juga terdapat sukarelawan beragama Kristian yang turut bersama-sama menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera rejim Zionis ke atas rakyat Palestin sejak 60 tahun lalu”

Sebagai seorang Doktor, penceramah juga berkongsi keadaan kritikal para relawan yang tercedera setelah ditembak oleh rejim Zionis.  Antara kisah yang menyayat hati para hadirin ialah ketika melihat mangsa-mangsa yang telah di tembak tepat di dahi dan di dada. Darah mangsa terpancut-pancut keluar  tanpa henti dan akhirnya meninggal dunia.

altSelain sesi ceramah, terdapat juga aktiviti pameran Palestin yang telah menarik perhatian para jemaah yang hadir pada malam itu. Jualan-jualan barangan Palestin seperti  mafla, baju Palestin, stiker Boikot McD juga amat mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts