Mahkamah Chile fail tuduhan jenayah perang ke atas hakim Zionis

BEIT LAHM, 29 Nov 2016 (Maan) — Sebuah mahkamah di Santiago, Chile, memfailkan tuduhan jenayah perang dan kemanusiaan ke atas tiga orang hakim Mahkamah Agung Zionis kerana membenarkan pembinaan termbok pemisah, yang telah diisytiharkan haram oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2004.

Enam pemilik tanah di Beit Jala, di wilayah Beit Lahm, serta lima lagi warga Chile menjadi plaintif tuduhan tersebut ke atas bekas hakim Asher Grunis, serta hakim Neal Hendel dan Uzi Vogelman.

Ratusan ribu penduduk Palestin berhijrah ke Chile dan ramai penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat mempunyai kewarganegaraan Chile, khususnya di Beit Jala.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts