Mahkamah paksa keluarga Palestin kosongkan rumah di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 5 Dis 2018 — Mahkamah Majistret Zionis di Baitulmaqdis hari ini mengarahkan keluarga Palestin dihalau keluar dari rumah mereka di kejiranan Wadi Hilweh di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Waris almarhumah Mariam Abu Zuweir diberi tempoh sehingga bulan Mac 2019 untuk mengosongkan rumah mereka. Rumah di atas tanah seluas 500 meter persegi itu didiami oleh wanita Ilham Syam bersama empat anaknya.

Pertubuhan Yahudi, Persatuan Penempatan Elad, menuntut hak ke atas tanah tersebut sejak 22 tahun lalu. Mereka menggunakan pelbagai helah, termasuklah dengan membeli kepentingan di bawah “harta yang ditinggalkan”.

Sekurang-kurangnya 180 keluarga Palestin di Baitulmaqdis bakal dihalau keluar berikutan kes-kes yang diajukan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi di mahkamah.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts