Mahkamah Turki gugur kes tuduhan jenayah serangan ke atas Mavi Marmara

ISTANBUL, 9 Disember 2016 (WorldBulletin) — Mahkamah Turki di Istanbul hari ini mengugurkan kes tuduhan jenayah ke atas empat orang bekas pegawai kanan Zionis yang mengarahkan serangan ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada tahun 2010.

Serangan yang membunuh 10 orang relawan dan mencederakan lebih 60 yang lain itu membabitkan mantan ketua staf tentera, Gabi Ashkenazi, mantan ketua tentera laut, Eliezer Marom, mantan ketua perisikan tentera, Amos Yadlin, dan mantan ketua perisikan tentera udara, Avishai Levy. Waran tangkap ke atas mereka turut dibatalkan.

Sebahagian daripada persefahaman memulihkan hubungan dengan Turki, rejim Zionis mendesak pegawai mereka tidak didakwa di mahkamah dan bersetuju untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts