BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Mahkamah Tinggi Zionis hari ini memutuskan supaya tentera Zionis meroboh perkampungan Khan al-Ahmar di timur Baitulmaqdis, dan menghalang penduduknya kembali ke situ.

Mahkamah menolak petisyen yang difailkan oleh penduduk Badwi dari Khan al-Ahmar, dan memberi tempoh seminggu bagi tentera untuk meroboh perkampungan tersebut.

Perobohan Khan al-Ahmar ditangguhkan beberapa kali sebelum ini, setelah dibantah oleh penduduk dan aktivis antarabangsa. Lebih 35 keluarga Palestin yang tinggal di Khan al-Ahmar bertegas untuk tidak keluar atau dipindahkan ke kawasan lain.

Khan al-Ahmar merupakan salah satu daripada 45 buah perkampungan yang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek penempatan haram E1. Projek tersebut bertujuan untuk menghubungkan penempatan haram Ma’ale Adumim dan Baitulmaqdis, serta membentuk jaringan penempatan haram yang akan memisahkan wilayah Baitulmaqdis dari Tebgin Barat.

(PIC, Maan, IMEMC, Alray, MEMO, WAFA)

SHARE