Mahkamah Zionis beri tempoh seminggu supaya Bab al-Rahma ditutup semula

BAITULMAQDIS, 5 Mac 2019 — Mahkamah majistret Zionis di Baitulmaqdis memberi tempoh satu minggu kepada Majlis Wakaf Islam bagi menjawab permohonan rejim penjajah supaya menutup semula Bab al-Rahma.

Mereka mengugut untuk mengeluarkan arahan mahkamah supaya Bab al-Rahma ditutup sekiranya Majlis Wakaf tidak menjawab permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwa itu.

Bab al-Rahma ditutup oleh polis Zionis sejak 16 tahun lalu, tetapi tempoh arahan penutupan itu tamat pada bulan Ogos lalu. Sejak ia dibuka semula oleh Majlis Wakaf sebagai dewan solat pada hari Jumaat 22 Februari lalu, polis Zionis cuba menutupnya atas desakan pelampau-pelampau Yahudi.

Polis Zionis turut mengeluarkan arahan melarang pegawai-pegawai Majlis Wakaf dan murabitun al-Aqsa daripada mendekati kawasan masjid.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts